Saturday, January 29, 2011

utk kita bersama....

Assalamualaikum......

Alhamdulillah...ari ni tergerak hati saya utk mengupdate blog ni yg stlh skian lma x update.....sblm ni bkn xmau update tp....byk kekangan2 yg membuatkn blog ni xleh update....pertama sekali...sbb bru masuk sem bru...so..byk jugak la bnda yg kne settle kn....pastu dh abis settle semua...blog x leh log in plak....dh lps blh log in...hati ni x rase plak nk update....so...bgitu lah...ceritanya....

ari ni tetibe rsa nk update sbb...terjadinya pglmn pd ari jumaat ari tu....khamis mlm jumaat sy dpt kol dr exco biro yg sy sertai....ktanya ad satu kem kpmpnan utk biro tersebut....so ari jumaat tu pegi la kem tu yg stat pkl 8 kot..lbh kurgla...smpai pkl 4 lbh...so oleh kerana dwan yg tempt ktorg kursus tu dkt dgn masjid...so ari tu semua peserta perempuan pn..p la sembahyang jumaat skali....lps dgr khutbah n sembhyg jumaat tuh...sy tgk...ad lg org smbung smbhyg...so...dgr la bisik2 dr peserta lain sembang,...diorg musykil...lps smbhyg jumaat nih, org perempuan kne sembhyg zohor blk x....ad yg ckp kne...ad yg ckp x kne...tp sy mcm ingt, wktu bljar dlu kta x kne smbhyg dh....sy pn ttp la dgn pendirian sy...so x smbhyglah...ad jgak yg x smbung sembhyg zohor...ad yg smbung....so...kt cni, sy nk sertakanlah artikel yg sy bc ttg kemusykilan ini...dlm artikel hukum sembahyang jumaat bagi muslimat ini ad menerangkn sama ad prmpuan yg sembhyg jumaat, kne atau x sembhyg zohor slps itu...so....hrp2 dpt dkongsi oleh semua.....

HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;
  1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
  2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
  3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
  4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.
Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.

Monday, January 10, 2011

C.I.N.T.A (sekadar berkongsi...)

Assalamualaikum....
td bka fb...pastu ternampaklah artikel yg bertjuk CINTA ni...yg di post oleh kak senior sek men dlu...citernye sgttttt sweettt....rgi x bc...so sy kgsi kt cni spya kwn2 dpt bc.....

Cinta...cinta itu indah selagi kita tidak menodainya....
Cinta itu fitrah dan mmg indah dirasakan....hayatilah dan fahamilah cerita ini.....

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepasrindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk."Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin
menduga lagi Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya.

Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok
masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih
tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung
menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja.
Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira
kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham
Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak
yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar
melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain- main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya.Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-
lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini. Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. "Esok free tak? Boleh kita chatting?" "Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. "Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online. 'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket..Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm……..
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengadunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.


Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima…Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara alhawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha Mu.

“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada
lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

“Ya bang, Wani turun…”

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas
turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis Negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Akusangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

Meya_friendster.

# maaf, x pasti penulis sebenar...dapat dari sahabat..moga bermanfaat...sama2 kita jaga diri..jaga iman...agar x terjebak...peringatan buat diri sebenarnya...dan juga sahabat2 yg disayangi...semoga diberi kekuatan dalam mujahadah ini...amin...

wallahu'alam.. 
 (sumber blog muslimah yg xdkenali)

Friday, January 7, 2011

Rahsia Kalimah Bismillah



Assalamualikum...

Td bka lptp nk bc ap2 yg ptt dbc sbb borg...terjumpalah satu artikel ni yg byk bg pgthuan kpd saya...dan bg sy ianya menarik...so sy nk konsilah di blog sy ni.....

RAHSIA KALIMAH BISMILLAH

Lafaz: Bismillahirrahmanirrahiim

Diantara rahsia khasiatnya:

1. Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, insya’allah akan sedar dan    kembali siuman.

2. Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya. Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

3. Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk, perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu.Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu’.

4. Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

5. Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

6. Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.

7. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: ‘Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T’

8. Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’

Oleh yang demikian marilah kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah yang luas dengan memperbanyakkan bacaan Bismillah dalam setiap amalan kehidupan harian kita. Wallahualam.

ting..tong

Assalamualaikum...

ari ni dh 7 januari kan...huhu...semakin berdebar2 nih...ari nih ak n family aku g jln2 kat sp...hehe...dkt jer...mkn2 kt umah abg sulung...pastu bru blk...

blk2,ak pn on la jup fb n blog...bka2 fb dptla perutusan dri misz jue...ktanya dia ad tag ak kt dia pnya blog...ak pn tgk2 la...tgh khusyuknya dok membc blog ju...tiba2....
-


-


-


-


-


-

-

-
-
gedebum!!!!!!
ank sedara yg bernm muhammad hafiz jtuh katil...huhuhu
ap lg nangisla budak tu...ak pn gram gak sbb dia mmg buas...x pujuk pn sbb ak x reti pujuk...hehehe

ok2...berbalik pd yg asal...ak nk bt ap yg jue sruh ak buat sbnrnye...huhu...melencong plak kan...
ak nih xthu pape ttg ap yg dsuruh...so bykla pertnyaan ak kt jue...
sori ye jue....hehe
dia ckp bnde nih mcm cntest la...ak pn..ok2 jela...mcm menarik jugak kan....
hehee....
so...ni lah ap yg jue tag ak...
-


-

-


-

-

-

-

-




hehe...yg ni lah....contest pendrive giveaway....tuan pnya blog n contest ni adlh  www.izamirridzwan.com/
pape pn...thanks jue....n izamirridzwan...

 insan terpilih yg utk ak tag

Wednesday, January 5, 2011

Hati..o...Hati...

Assalamualaikum...

nk mula mcm mn erk....x thu nk mla mcm mn sbnrny...sbbnye...dri sndiri pn msih confius...
first...sbb skrg ni..bka fb pn rsa borg...nk komen pn mls...x thu sbb ap...bka fb jugak kdg2 akan menyakitkan ati...knp??? ntahla...ssh nk ckp..kdg2 terfikir gak nk delete, tp....dkt fb la dpt jmpa blk kwn2 lma...ad sorg lecturer ni cdg, bt fb bru...huhu...bgus jgak cdgn nih...tp..... xthu la...ee...btl2 x phm dgn dri sndiri....

Ya Allah.....
bantulah hambamu ini,
kuatkanlah semangat hambamu ini,
dan berilah hambamu ini hidayahmu....amin...

mugkin msih ad sesuatu perkara yg blm dlksanakn oleh aku yg menyebabkan ati aku rsa mcmni..
mungkin...mungkin...dan mungkin....
so,aku perlu bermuhasabah utk melihat ap kesalahan aku dan ap kekurangan yg boleh dperbaiki supaya ak dapat menjadi mukmin yg sejati...InsyaAllah..

salah satu cara utk tngkn ati ialah dengan berzikir...InsyaAllah...ati kita akan tenang...

 sian baby ni kan....kecik2 pn dh confuse..hehe...

Tuesday, January 4, 2011

Puisi : Bayang-bayang Nabi

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin ?
"Membela yang lemah dan membantu yang miskin" jawab Nabi.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama ?
Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin
YAng membela orang - arang lemah" jawabnya

Ya Rasulullah ... apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin ?
"Bersabarlah, dan tetplah bersabar
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta"

Ya RAsulullah... Pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama-ulama yang tama'
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka !
Apa yang harus aku lakukan, Ya... RAsulullah !
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin ?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya ?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia ?

"Wahai ummatku...
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan istrimu saja
Karena Allah menganjurkan, "Wa 'asiruhunna bil ma'ruf"
Ikutilah fatwa hatimu
Karena hadits mengatakan, "Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka"
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, "Kullulkum Ra'in, ea kullukum masulun 'an ra'iyyatihi ?"

mencari cinta sejati???




Bertepuk sebelah tangan saja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.

Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Tapi sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau “Al Waduud” itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih-milih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh siapa saja, asalkan ia rajin berusaha untukNya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeda dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati saja.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu-waktu disenangi dicintai, bila sudah jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkannya.

Isteri cintakan suami karena suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak karena anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan karena dapat berbagi dapat merasakan senang dan susahnya hidup. Rakyat menyayangi pemimpinnya karena pemimpinnya menjadi penaung dan pelindung baginya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya,
sebagai ganjaran buat hambaNya itu.. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong, dan memang tidak mau mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap. Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahwa
dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambaNya yang benar-benar mencintaiNya.

Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa saja karenaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa saja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi…..Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercengkrama dengan kecintaannya.

Sedang orang lain yang sibuk bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya karena mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.

Tanda Cinta….
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat,membantu menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunah. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim karena Allah, dengan menjaga batas-batasnya (),


saling beri-memberi karena Allah demi keridloanNya semata. Tidak karena yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.

Allah menjelaskan bagaimana cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan dan yang berakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."
( Q.S: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
( Q.S: Ali-Imran,Ayat: 134 )

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri."
( Q.S: Al-Baqarah. Ayat: 222 )


Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah, karena mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang
mencintainya turut mendapatkan kecintaan daripada Allah pula.
Orang yang mendapat kecintaan Allah akan hidup bahagia dan tenang ketika di dunia. Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang kekal abadi.

Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta.
Kita pasti tidak mau gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta…… dengan curahan cinta Nya yang Agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa
dariNya. Jangankan di Akhirat, selagi di dunia pun, akan terasa di hati balasan cintaNya.

Rasulullah pernah bersabda :-
Cintailah sesuatu itu sekadarnya saja. Karena Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Dan Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..karena berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu
pada suatu ketika...

sumber:www.naicrew.multiplt.com

Sunday, January 2, 2011

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....kita dh melangkah ke thn bru,2011..dan masih diberi peluang oleh Allah S.W.T utk kta melihat dunia ini...bla dh masuk thn bru ni...smua org mempunyai azam bru...msg2 mempunyai alasan yg tersendiri di atas azam tersebut...

ckp ttg azam...sy sndri pn mempunyai azam yg tersendiri...

first....nk tgktkan iman.....
Ya Allah...tingktknlah imanku dan berilah hdayahMu kpd hambamu ini....amin...

second...
nk tingktkn usaha dlm apa jua perkara yg sy lakukan...insyaAllah...

klau iktkn mmg byk...tp yg ni yg plg utama....mga2 tercapai....